SPRM Tahan Penjawat Awam Di Sabah Kerana Salah Guna Kuasa

sprm.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di sini kerana didakwa menyalahgunakan jawatannya.

Suspek, seorang penolong pegawai di sebuah jabatan di Sabah, didakwa menyalahgunakan kedudukannya dengan melantik syarikat saudaranya dalam perkhidmatan bekalan makanan untuk satu program di jabatannya.

Kejadian berlaku pada Mac hingga Oktober 2019 membabitkan nilai hampir RM43,000.

Suspek berusia lewat 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Sabah, cawangan Kota Kinabalu kira-kira jam 10 pagi semalam ketika datang ke pejabat berkenaan untuk memberi keterangan.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, suspek akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini dalam tempoh terdekat.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top