SPRM Tahan Datuk Disyaki Lindungi Pemalsuan Cukai Jualan Minyak Sawit

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang lelaki bergelar Datuk ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam (Jumaat) untuk membantu siasatan kes terima rasuah bagi melindungi aktiviti pemalsuan cukai jualan minyak sawit.

Penahanan itu susulan tangkapan terhadap seorang pegawai kanan jabatan dan seorang pesara kerajaan oleh SPRM berkaitan kes yang sama, Rabu lalu.

Dua suspek terbabit dipercayai menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit.

Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan kepada suspek untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah pada setiap bulan kepada Kementerian Kewangan (MOF) Sabah.

Sumber SPRM berkata, ‘Datuk’ berusia 66 tahun yang merupakan bekas penjawat awam itu ditahan di pejabat SPRM Sabah, di sini, kira-kira jam 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy (gambar) ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Katanya, permohonan reman terhadap suspek dijangka dibuat di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top