SPRM Nafi Serbu Rumah Pengerusi GLC Sabah

azam-baki.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menafikan bahawa agensi terbabit membuat serbuan terhadap seorang pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah.

Beliau berkata, tiada serbuan dibuat oleh pihak SPRM berhubung perkara itu.

“Tiada serbuan dibuat, tak benar cerita itu,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta pengesahan berhubung tular dakwaan sebuah portal bahawa seorang pengerusi GLC di negeri ini diserbu oleh pihak SPRM dan lebih RM80 juta dibekukan dalam akaun peribadinya.

Portal itu mendakwa kediaman pengerusi GLC berkenaan diserbu kerana dipercayai terbabit dalam salah guna kuasa dan kedudukan membabitkan dana bernilai lebih RM80 juta.

Portal itu turut mendakwa menurut sumber pengerusi yang berusia 40-an itu turut dipanggil ke Pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung kekayaan luar biasa dan pembekuan akaun lebih RM80 juta dalam akaun peribadinya. – Sinar Harian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top