SPRM Nafi Halang Guan Eng Masuk Sabah

guan-eng.jpg
Kongsi Bersama

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki menafikan dakwaan bahawa bekas menteri kewangan Lim Guan Eng dihalang dari memasuki negeri Sabah.

“Tak betul. Mahkamah hanya impounded (menyekat) pasport dia ke luar negara sahaja.

“Dia boleh memasuki Sabah menggunakan kad pengenalan,” Azam Baki dipetik Malaysiakini sebagai berkata.

Ketua Pesuruhjaya SPRM memberi maklum balas selepas bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu ditahan oleh Jabatan Imigresen Sabah ketika tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu semalam.

Lim berkata, dia tiba di lapangan terbang itu pada jam 11.54 tengah hari dengan menggunakan pas lawatan sosial dan pada mulanya berjaya melepasi pihak imigresen.

“Kemudian, sudah hampir nak masuk kereta, seorang pegawai imigresen kanan telah datang minta saya masuk semula. Saya berikan kerjasama dan ikut ke pejabat imigresen.

“Selepas menunggu 20 minit, saya tanya apa masalahnya? Mereka mendakwa bahawa SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah meletakkan halangan untuk saya masuk ke Sabah. Apa ni? Bukankah ini kuasa kerajaan negeri Sabah?” Lim persoal dalam satu kenyataan.

Lim berkata dia hanya dibenarkan memasuki negeri itu selepas setengah jam ditahan pihak imigresen.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top