SPRM Kesan Dua Individu Untuk Bantu Siasatan

sprm.jpg

Aries Ryan Phillip Among (kiri) dan Ika Ka Shira Jeffry

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes SPRM.

SPRM Putrajaya dalam satu kenyataan menyatakan individu pertama adalah Aries Ryan Phillip Among, 29, dengan alamat terakhir di Donggongon Penampang, Sabah.

“Individu kedua yang dikehendaki ialah Ika Ka Shira Jeffry, 26, alamat terakhir di Ujana Kingfisher, Kuala Inanam, Likas.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, PKPs Masnah Basir di talian 088-488381, 016-8811870 atau e-mel kepada masnah@sprm.gov.my,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top