SPN BERSATU Sabah Bantu Mangsa Banjir Di Kota Marudu

IMG_20220107_113627.jpg
Kongsi Bersama

Menurut Redonah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Kota Marudu, penubuhan SPN adalah tanda keprihatinan kerajaan terhadap isu-isu dan permasalahan rakyat.

“Skuad ini melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan sebagai menepati hasrat untuk mendampingi rakyat di peringkat akar umbi.

“Menyedari akan keperluan semasa negara yang berhadapan dengan bencana banjir yang telah menjejaskan kehidupan seharian sebahagian penduduk di negeri dan mengambil inisiatif mewujudkan SPN dalam usaha membantu golongan yang terkesan semasa dan pasca banjir,” katanya semasa menyerahkan mesin pembersih air tekanan tinggi dan bakul makanan di Kota Marudu semalam.

Tambah Redonah lagi, usaha itu adalah usaha berterusan dari Srikandi BERSATU Sabah dan Armada BERSATU Sabah untuk terus mendekati dan menyantuni rakyat di peringkat akar umbi dikala dilanda musibah.

“Kita sentiasa fokus dalam gerak kerja selaras dengan matlamat perjuangan parti yang ingin menyantuni rakyat dan berkongsi dengan apa yang kita mampu bersama mereka khasnya semasa musibah sebegini berlaku seperti banjir kilat yang melanda di negara,” katanya lagi.

Hadir sama ialah Ketua Penerangan Srikandi BERSATU Sabah Anna Bell Perian; Setiausaha Kerja Srikandi BERSATU Sabah Aziah Atoh; Pengerusi Biro Kebajikan Srikandi BERSATU Sabah Salmi Sarinoh; Ketua Srikandi BERSATU Bahagian Kimanis Dayang Hairena Awang Basir; Ketua Srikandi BERSATU Bahagian Kota Belud Hasrina Wati Golkhan dan Ketua Armada Bersatu Bahagian Papar Azrul Ibrahim serta Srikandi dan Armada BERSATU Kota Marudu

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top