SPCA Tawau Anjur Larian Amal

larian-tawau.jpg

Leong (tiga kiri) menyerahkan poster larian amal kepada Koh.

Kongsi Bersama

TAWAU: Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) Tawau akan menganjurkan “Run For The Voiceless 2022”.

Ia bertujuan mengumpul dana kebajikan bagi persatuan tersebut.

Bekas timbalan presiden Majlis Perbandaran Tawau, Koh Kian Leong, akan dijemput untuk mengibarkan bendera bagi memulakan larian amal sejauh 6km pada 19 Jun.

Koh berkata, kebajikan yang dilakukan oleh SPCA Tawau untuk menjaga haiwan terutamanya yang terbiar merupakan langkah mulia dan perlu diberikan sokongan.

“Bagaimanapun, SPCA Tawau ketika ini sangat memerlukan sumbangan bagi meneruskan operasi melindungi haiwan-haiwan yang berada dalam jagaan mereka.

“Bukan mudah untuk beramal ketika ini, lebih-lebih lagi dalam fasa endmik COVID-19 dan orang ramai masih ramai yang terkesan serta terjejas pendapatan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap orang ramai di Tawau dapat memberikan sokongan penuh kepada program larian tersebut.

Menurut Leong Nyuk Ying, pengerusi SPCA Tawau, larian amal itu akan dimulakan pada 6.30 pagi di Persatuan SPCA Tawau Jalan Kau Sing, di sini.

Yuran pendaftaran larian amal itu ialah RM60. Peserta akan menerima kemeja-T, pingat dan e-sijil.

Pihak yang berminat boleh menghantar borang pendaftaran dan menghubungi ahli jawatankuasa penganjur melalui panggilan atau WhatsApp: Cik Chua 016-8262697, Cik Carman 016-828 1377, Cik Vera 010-958 2810, Cik Agnes 016-830 6742


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top