Sorok gula: Peniaga warga Pakistan ditahan di Likas

rampas-gula.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menahan seorang warga Pakistan berusia 30 tahun selepas dia disyaki menyorok 108 kilogram gula pasir tanpa lesen pada Rabu.

Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas berkata pemeriksaan yang dijalankan pada 10.27 pagi di kawasan perumahan di Likas, menemui sebuah pacuan empat roda Mitsubishi di dalam rumah berpagar yang sarat dengan komoditi itu.

Beliau berkata, ketika serbuan dijalankan, pasukan penguat kuasa mengesan seorang lelaki sedang memuatkan gula pasir ke dalam kenderaan pacuan empat roda tersebut.

“Jumlah gula dianggarkan bernilai RM 50,307.80 yang mana pemiliknya tidak mempunyai lesen atau permit untuk menyimpan,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top