SOP Fasa 2 PPN Untuk Sabah Akan Diumum Hari Ini

masidi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk Sabah hanya akan diumumkan secara rasminya hari ini (10 Julai), walaupun ianya telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

Ini dinyatakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun, di dalam WhatsApp grup Public Alert.

Terdahulu, SOP Fasa 2 PPN untuk Sabah yang dikeluarkan oleh MKN menyatakan antara lainnya Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan akan kembali dikategorikan sebagai satu daerah, bukan lagi daerah berasingan.

Sementara itu portal Sabah Post melaporkan bahawa walaupun kenyataan harian Covid-19 dan Prosedur Operasi Standard SOP bagi Negeri Sabah semalam tidak menyentuh mengenai larangan dine-in, namun Masidi dalam satu pesanan ringkas pada Jumaat menjawab kekeliruan yang timbul berhubung SOP dine-in.

“Tafsir sendiri. Dine in tidak disentuh dalam SOP Sabah. Ertinya tidak dilarang”, katanya ringkas.


Kongsi Bersama

1 Reply to “SOP Fasa 2 PPN Untuk Sabah Akan Diumum Hari Ini”

  1. Nothing more than a political gimmick.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top