Sook Bakal Jadi Pengeluar Kenaf

Elron-kenaf.jpg
Kongsi Bersama

SOOK: Daerah kecil Sook berpotensi menjadi perintis kepada penanaman kenaf di Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook, Datuk Ellron Angin berkata, terdapat sebanyak 10,000 ekar tanah masih belum diusahakan di kawasan Sook yang boleh diusahakan dengan tanaman kenaf.

“Sook mempunyai potensi yang besar untuk penanaman kenaf dimulakan, dengan kedudukannya yang terletak di kawasan tanah yang agak rata serta subur membolehkan tanaman ini sesuai dimulakan di kawasan ini.

“Tanaman ini yang baru bertapak 10 tahun lepas di Semenanjung Malaysia ini,dikira masih baru dalam bidang pertanian di Sabah dan Sarawak. Ia menjanjikan pendapatan lumayan kepada para pekebun sekiranya diusahakan secara intensif,” kata beliau.

Beliau berkata demikian di sesi Taklimat Penanaman Dan Industri Kenaf yang diadakan buat pertama kali di Sabah menerusi kerjasama Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN ) dengan Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah di Dewan Masyarakat Sook, Keningau, kelmarin.

Taklimat tersebut dikendalikan sendiri oleh wakil daripada Lembaga Kenaf dan Tembakau Malaysia (LKTN) iaitu Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara, Ts Mohd. Fadzhel Mohd. Nasir.

Kenaf merupakan salah satu tanaman yang berpotensi untuk dimajukan sebagai salah satu komoditi yang boleh dikomersialkan terutamanya dalam sektor industri pembuatan.

Program yang bermula pada jam 9. 30 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari itu melibatkan seramai 150 orang peserta yang rata-ratanya merupakan penduduk Sook.

Selesai taklimat tersebut, Ellron yang juga Menteri Belia Dan Sukan Negeri telah membawa rombongan LKTN ke kawasan yang bakal dibangunkan untuk dijadikan perintis kepada penanaman kenaf di Tiulon, Sook.

Turut hadir wakil Pegawai Khas Kepada Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri, C.K Lau serta wakil KPP Seksyen Biosekuriti & Kuarantin Tumbuhan, Helena Sintar, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sook, Tony Talasoy, PPM Tulid, Casmir Silip serta staf – staff UPPM Sook.

 

Sumber berita/foto: Warta Oriental

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top