Sokongan Akar Umbi Terhadap Warisan Masih Kukuh

awang-ahmad-sah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Keputusan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan Sabah (Warisan) keluar parti tidak akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap Warisan.

Ketua Penerangan Warisan, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari berkata, Warisan akan kekal menjadi wadah perjuangan rakyat yang akan memainkan peranan sebagai semak dan imbang terhadap pemerintahan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau berkata, selepas setahun kerajaan GRS memerintah ternyata mereka gagal memenuhi janji-janji pilihan raya sehingga membangkitkan kemarahan rakyat di peringkat bawahan.

“Oleh itu, kita akan terus bekerja membantu rakyat dan percayalah parti Warisan akan bangkit lebih kuat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Pengisytiharan keluar tiga ADUN Warisan sebelum ini tidak memberi apa-apa kesan terhadap keyakinan rakyat terhadap parti Warisan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tentang tindakan Ahli Parlimen Lahad Datu merangkap ADUN Segama, Datuk Mohammadin Ketapi yang mengisytiharkan keluar parti kelmarin.

Sebelum ini dua Adun Warisan,  Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik) dan Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin) telah meninggalkan parti itu dan menjadi Adun Bebas yang menyokong kerajaan GRS.

Ahmad Sah berkata, saya tahu ramai dalam kalangan pejuang dan ahli-ahli parti kecewa dengan tindakan Mohamaddin dan diharap semua wakil rakyat serta ahli-ahli parti dapat bertenang.

Beliau berkata, Warisan masih lagi kuat di peringkat akar umbi maka, tindakan tiga ADUN itu keluar parti tidak akan menjejaskan kedudukan Warisan.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top