SMJ, MOSTI bekerjasama tangani miskin tegar serta isu rakyat di Sabah

SMJ-Mosti.jpg

Mohammad Yusof (kiri) menerima kunjungan SMJ di pejabatnya semalam. FOTO Ihsan MOSTI.

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Satu kertas kerja mengenai maklumat pendapatan, lokasi, bilangan isi rumah dan data yang berkaitan mengenai kemiskinan rakyat Sabah sudah pun dibentangkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam usaha menangani miskin tegar di negeri itu.

Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Rosmadi Datu Sulai, berkata ia sebahagian daripada sesi kunjung hormat pihaknya kepada timbalan menteri berkenaan Datuk Mohammad Yusof Apdal, semalam.

Katanya, antara yang turut dibincangkan adalah peluang kerjasama antara Kerajaan Negeri Sabah dan MOSTI dalam mengaplikasikan teknologi dan program kementerian itu serta agensi-agensinya, terutama dalam menangani masalah miskin tegar di Sabah.

“Antara masalah kemiskinan tegar yang dihadapi rakyat Sabah adalah tidak memiliki rumah, Indeks Jisim Badan (BMI) kurang daripada paras normal akibat kekurangan nutrisi, tidak mempunyai kemudahan asas dan tidak berpendidikan.

“Satu lagi kerjasama yang dibangkitkan oleh SMJ adalah berkaitan dengan bidang dalam blue economy yang merangkumi farmaseutikal bagi bioteknologi marin, desalination untuk bekalan air, perkapalan, pembangunan sekitar pantai serta pemantauan dan pengawasan lautan,” katanya.

Sementara itu Mohammad Yusof menyambut baik cadangan kolaborasi dengan SMJ kerana ia adalah selaras pendekatan kementeriannya untuk mengaplikasikan teknologi dalam menangani masalah rakyat melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

“MOSTI bersama agensi-agensinya akan bekerjasama dengan SMJ bagi mengenalpasti produk atau teknologi yang dapat membantu kerajaan negeri Sabah,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top