SMJ lancar sukuk wakalah bernilai RM900 juta

sukuk.jpg

(Kredit foto: FB Hajiji Haji Noor)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Syarikat milik penuh kerajaan negeri Sabah, iaitu SMJ Sdn Bhd (SMJSB) melancarkan sukuk wakalah sulung bernilai RM900 juta.

Majlis menandatangani perjanjian antara SMJSB dan AmInvestment Bank Berhad (AIBB) untuk menandakan penerbitan suluk dibawah program RM10 bilion Nota Jangka Sederhana Islam Bertaraf AAA itu disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, di sini semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Dr Dionysia Kibat mewakili SMJSB menandatangani perjanjian itu, sementara Head of Debts Market Yeoh Teik Leng mewakili AIBB.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun memberitahu pemberita bahawa SMJSB kini boleh memperoleh lebih banyak aset melalui sumber kewangan baharu ini daripada terbitan sukuk wakalah IMTN.

“Ini adalah instrumen kewangan yang membolehkan syarikat memperoleh modal untuk urusan perniagaan masa depan seperti pengambilalihan Sabah International Petroleum Sdn Bhd (SIP) dan aset lain yang akan membawa pulangan lebih besar untuk negeri ini,” katanya.

SIP memegang 10% pegangan pemilikan dalam PETRONAS LNG9 Sdn Bhd yang mengendalikan loji gas asli cecair (LNG) dalam Kompleks LNG Bintulu.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang juga Pengerusi SMJSB, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong, Penasihat Teknikal kerajaan Sabah merangkap Penasihat Khas SMJSB Datuk Seri Panglima Lim Haw Kuang, Ketua Pegawai Eksekutif AIBB Tracy Chen dan Pengarah Urusan Ambank Business Christopher Yap.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top