SMART Solat Mantapkan Kepimpinan, Perkasakan Ilmu Dalam Solat

Smart-solat.jpg
Kongsi Bersama

BEAUFORT: Sebagai usaha memantapkan kepimpinan kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dalam soal solat fardu yang sempurna satu program khusus yang dinamakan SMART Solat telah diadakan di sini, kelmarin.

Program itu yang merupakan inisiatif Adun Lumadan, Haji Ruslan Muharam telah berlangsung di Masjid Darul Ikhwan, Kampung Suasa, dekat sini.

“Ini merupakan program pertama diadakan bagi tahun 2022 dan dijangka akan berterusan dengan tujuan memperkasakan ilmu dalam solat,” kata Haji Ruslan ketika merasmikan program tersebut.

Menurut beliau, seramai 160 peserta mengikuti program ini yang terdiri daripada Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Desa Lestari, Kg. Suasa.

“Ia adalah anjuran kerjasama di antara Biro Agama N. 34 Lumadan dengan Pertubuhan Islam seluruh Sabah (USIA) Beaufort, Biro Agama, Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS) Beaufort,” kata Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd.

Mengulas lanjut, beliau selaku Ketua Bahagian USIA Beaufort terpanggil menunaikan tanggungjawab dalam usaha memastikan kepimpinan di peringkat kawasan masing-masing menjalankan amanah dan kewajipan bersama.

“Dalam soal solat, sebelum ini mereka hanya menjadi makmum namun, setelah menjadi pemimpin, mereka perlu menjadi imam di masjid dan surau.

“Tugas mereka ialah memandikan jenazah, membaca khutbah dan membimbing masyarakat meningkatkan ilmu agama,” ujarnya.

“Saya yakin semua kita mengambil inisiatif untuk terus belajar memperbaiki diri sendiri,” katanya lagi.

 

Berita asal: Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top