Skandal Rasuah Jabatan Air: Bekas Timbalan Pengarah Bebas, Bayaran Kompaun RM30 Juta Selesai

Skandal-Jabatan-Air.jpg

Teo Chee Kong (kanan) bersama peguamnya Ram Singh di luar bilik mahkamah di Kota Kinabalu kelmarin. – Foto: FMT

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Teo Chee Kong dibebaskan daripada 146 pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Khas Rasuah pada Khamis.

Hakim, Abu Bakar Manat membebaskan Teo daripada kesemua pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan mengesahkan tidak akan meneruskan pertuduhan bagi kes tersebut.

Malah, perubahan keputusan membebaskan tertuduh daripada 146 pertuduhan pengubahan wang haram itu tidak menerima bantahan daripada pihak pendakwaan.

Pada 18 Februari lalu, mahkamah memutuskan Teo dibebas tanpa dilepaskan (DNAA) bagi kesemua pertuduhan dalam skandal rasuah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Peguamnya, Ram Singh memaklumkan bayaran kompaun berjumlah RM30 juta juga telah dibayar dalam tempoh ditetapkan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenakan kompaun RM30 juta mengikut Seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Pada 13 Disember 2017, Chee Kong mengaku tidak bersalah terhadap 146 pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM32 juta yang didakwa diterima secara rasuah melalui projek-projek di JANS sejak 2010 hingga 2016.

Pada 4 Oktober 2016, SPRM membongkar skandal rasuah jabatan air yang membabitkan rampasan wang tunai dan aset-aset lain yang berjumlah kira-kira RM180 juta.

Chee Kong bersama bekas Pengarah JANS, Awang Mohd Tahir Mohd Talib ditahan pada tarikh berkenaan selepas SPRM menemukan wang berjumlah RM52 juta di pejabat dan kediaman kedua-dua tertuduh.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top