SK Nexilis Malaysia Sdn Bhd meterai Perjanjian Pajakan Pengeluaran Kerajang Tembaga

MoU-SK-Nexilis.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: K.K.I.P. Sdn Bhd yang juga pemaju dan pengendali Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) telah memeterai perjanjian pajakan dengan SK Nexilis Malaysia Sdn Bhd, unit SK Nexilis Korea Selatan  untuk pengeluaran kerajang tembaga di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Perjanjian itu ditandatangani oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi K.K.I.P. Sdn Bhd dengan Ketua Pegawai Eksekutif SK Nexilis Malaysia Sdn Bhd Shin Dong Hwan.

Joachim dalam ucapannya mengalu-alukan Perjanjian Pajakan berkenaan dan menjelaskan usahasama itu adalah perkara penting kepada kerajaan negeri.

“Kita dalam kerajaan negeri mengalu-alukan pelaburan SK Nexilis yang bernilai RM4.2 bilion yang akan mewujudkan 400 peluang pekerjaan di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pelaburan itu hanya permulaan memandangkan kerajaan negeri masih berbincang dengan pelabur China untuk mewujudkan kilang kaca di sini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif K.K.I.P Sdn Bhd Datuk Ir. Melvin Disimond serta tetamu kehormat yang lain.

 

Sumber: Bernama


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top