Sistem Residensi Dapat Perluas Kuasa Perkhidmatan Awam Negeri

edward-linggu.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengenalan semula Sistem Residensi dalam pentadbiran Negeri Sabah dapat memperluaskan kuasa-kuasa jabatan ke pelbagai residensi dan tidak tertumpu semata-mata di ibu pejabat yang terletak di ibu negeri.

Naib Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Edward Linggu Bukut berkata, langkah memperluas kuasa jabatan seperti Jabatan Tanah dan Ukur dapat mempercepat penyukatan tanah, pengeluaran geran tanah dan urusan lain berkaitan tanah.

“Realiti sekarang menunjukkan penduduk kampung perlu menunggu sehingga ke generasi berikutnya untuk memperoleh geran tanah,” kata Linggu yang juga Pengarah Strategik STAR dalam kenyataan medianya hari ini.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang meminta pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memperjelas kedudukan Malaya, Sabah dan Sarawak sebagai tiga rakan kongsi sama taraf dalam Persekutuan berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dalam kenyataannya, Dr. Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, kedudukan yang jelas dalam perlembagaan dapat memberi agihan setara peruntukan pembangunan kepada Sabah dan Sarawak.

Dr. Jeffrey memberi contoh, melalui agihan peruntukan pembangunan sama rata, Sabah dapat meningkatkan keberkesanan pentadbiran seperti memperkenalkan semula Sistem Residensi yang telah diamalkan semasa penjajahan British.

Kata Dr. Jeffrey, Sabah (North Borneo) pada ketika itu dibahagikan kepada lima residensi yang merangkumi Tawau (Residensi Pantai Timur), Sandakan, Pantai Barat, Kudat dan Pedalaman.

Linggu yang juga Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menegaskan, pengenalan semula sistem residensi dapat mewujudkan pelbagai jawatan baharu dalam perkhidmatan awam di samping mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor perdagangan dan perindustrian.- Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top