Sistem Perparitan Penting Untuk Atasi Banjir – Arsad

arsad-tempasuk.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Sistem perparitan yang teratur boleh membantu mengurangkan sedikit masalah banjir yang sering melanda daerah ini apabila musim tengkujuh tiba.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Arsad Bistari berkata, terdapat banyak kawasan di dalam DUN Tempasuk berhadapan dengan masalah air bertakung apabila hujan lebat dan ini disebabkan oleh banyak faktor yang mana antara lainnya ialah sistem perparitan tersumbat atau ketiadaan parit bagi memudahkan air mengalir ke longkang besar.

“Kota Belud amat sinonim dengan masalah banjir malah pernah mencatat hingga empat kali dalam setahun dan syukurlah pada lawatan Ketua Menteri ke daerah ini terdahulu telah memperuntukkan beberapa inisiatif bagi mengatasinya.

“Di kawasan Tempasuk ini terdapat banyak parit-parit tersumbat dan kita sudah mengenal pasti lokasi-lokasi yang perlukan pembaikpulihan atau penyediaan sistem pengaliran yang baik,” katanya ketika mengulas mengenai Projek Pembinaan Parit sejauh 230 meter di Kampung Keguraan sini.

Projek ini sedikit sebanyak akan membantu menyelesaikan masalah banjir setiap kali hujan lebat disebabkan air bertakung akibat sistem perparitan yang tidak sempurna di kawasan ini,katanya lagi.

Sebelum ini, Arsad turut melaksanakan penaiktarafan jalanraya di tujuh kampung dalam kawasan DUN Tempasuk selain membina beberapa laluan yang rosak dengan kadar yang segera di bawah peruntukan ADUN Kerajaan Sabah.

“ Kita akan terus prihatin kepada rakyat dan akan sentiasa memastikan semua kawasan tidak tercicir dari menerima pembangunan fizikal kerana ianya semata-mata demi keselesaan rakyat Tempasuk,” ujarnya lagi. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top