KOTA KINABALU: Sistem Keadilan Dayak Antarabangsa wajar diwujudkan untuk tujuan penyusunan serta penyatuan komuniti-komuniti Dayak Borneo dengan lebih teratur.
Sewaktu mengemukakan cadangan mengenai perkara itu, Presiden Dayak International Organisation (DIO), Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan berkata, walaupun bangsa Dayak berjumlah lebih 10 juta di seluruh Borneo, namun komuniti-komuniti Dayak sering berhadapan dengan pelbagai isu seperti perlanggaran adat, rampasan tanah, perubahan demografi penduduk, kekurangan pembangunan pendidikan dan sebagainya.
“Oleh itu amat penting adanya daripada empat buah Wilayah Borneo iaitu Sabah, Sarawak, Brunei serta Kalimantan dan membentuk Sistem Keadilan Dayak Antarabangsa,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata demikian dalam satu sesi wawancara secara atas talian yang diketuai oleh Rumah Kebudayaan Nusantara (RKN) Indonesia pada Jumaat lepas.
Dr Jeffrey memberikan cadangan tersebut berdasarkan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) berkenaan Hak-hak Orang Asli (UNDRIP) di mana orang-orang asli mempunyai hak ke atas budaya, identiti, bahasa, Perlindungan ke atas tanah-tanah adat dan hak-hak lain termasuk menentukan masa depan mereka sendiri.
Foto: FB Jeffrey G. Kitingan Page