Sirul Azhar bebas tahanan imigresen Australia

sirul-azhar.jpg
Kongsi Bersama

SYDNEY : Bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sirul Azhar Umar (gambar), yang disabitkan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, antara puluhan individu yang dibebaskan daripada tahanan imigresen selepas keputusan mahkamah tinggi, pada Rabu.

Sirul Azhar Umar yang juga pengawal peribadi kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah meringkuk dalam tahanan imigresen di Australia sejak tuntutannya untuk suaka di negara itu ditolak pada 2019.

Kerajaan Australia enggan menghantar pulangnya ke Malaysia, kerana dia berdepan hukuman mati dan akan dihukum gantung jika dia kembali.

Menurut laporan The Guardian, peguam Sirul Azhar, William Levingston, mengesahkan anak guamnya telah dibebaskan selepas keputusan mahkamah tinggi tetapi tidak boleh dihantar pulang ke Malaysia.

“Anak guam saya berdepan hukuman gantung di Malaysia kerana sabitan membunuh dan sehingga hukuman mati dimansuhkan oleh kerajaan Malaysia, kerajaan Australia tidak dapat menghantar pulang Sirul Umar kerana bukan kewajipan ‘refoulement’,” katanya.

Peguam Australia, Stephen Donaghue, telah mengenal pasti 92 individu yang berpotensi terjejas oleh keputusan itu, walaupun telah mengakui anggarannya mungkin tidak menyeluruh.

The Guardian Australia mendedahkan pada Jumaat, bahawa lebih separuh daripada 92 orang yang dikenal pasti oleh Donaghue telah dibatalkan visa mereka oleh menteri kerana kebimbangan serius mengenai jenayah.

Dokumen yang ditender sebagai sebahagian daripada kes menunjukkan 78 dilindungi dan puluhan telah ditahan selama lebih sedekad.

Kerajaan Australia telah mula membebaskan individu daripada tahanan tanpa had selepas menerima pelbagai tuntutan daripada tahanan jangka panjang.

Sirul Azhar dijatuhi hukuman mati kerana disabitkan atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006, seorang wanita Mongolia yang merupakan penterjemah, salah seorang bekas sekutu Najib, Razak Baginda.

Wanita itu dikatakan hamil pada masa pembunuhannya, telah diculik di luar rumah Razak Baginda dan dibawa ke kawasan lapang di pinggir Kuala Lumpur, di mana dia ditembak dan mayatnya diletupkan menggunakan bahan letupan.

Sirul Azhar disabitkan dengan pegawai lain dan dijatuhi hukuman mati.

Dia bagaimanapun, melarikan diri ke Australia semasa dibebaskan sementara menunggu rayuan dan cuba mendapatkan suaka di negara itu.

Sirul Azhar menegaskan dia diarah melakukan pembunuhan itu tetapi enggan menyatakan siapa yang mengarahkan pembunuhan tersebut.

Dalam temu bual dengan Guardian Australia pada 2018, dia berkata telah mengambil bahagian dalam penculikan itu tetapi bukan pembunuhan yang dilakukan.

Sirul Azhar turut mendakwa dia telah dikambing hitamkan dalam jenayah politik yang rumit. – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top