Sirhajwan terima anugerah Rekod Pencapaian Belia

sirhajwan.jpg

Sirhajwan Idek (dua kanan) mengharumkan nama Malaysia apabila menerima anugerah Youth Achievement Record (Rekod Pencapaian Belia) di Jakarta, Indonesia semalam.

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Guru Bahasa Inggeris Kolej Vokasional (KV) Keningau, Dr Sirhajwan Idek mengharumkan nama Malaysia apabila menerima anugerah Youth Achievement Record (Rekod Pencapaian Belia) semalam.

Anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli ketika berlangsungnya ASEAN Future Generation Business Forum (Forum Perniagaan Generasi Masa Depan ASEAN) iaitu salah satu acara sampingan ASEAN Summit yang berlangsung di Jakarta.

Anugerah yang diadakan buat julung kalinya oleh GenYouth iaitu persatuan belia Asia Tenggara, bertujuan untuk meraikan pencapaian dan sumbangan golongan belia di Asia Tenggara. Terdapat lapan penerima anugerah dari negara Asia Tenggara bagi kumpulan pertama ini.

Sirhajwan dicalonkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai pengiktirafan bagi rekod yang diciptanya iaitu sebagai orang Asia pertama memenangi International Innovation & Entrepreneurship Excellence in Teaching Award di Paris pada tahun 2017.

Sirhajwan meluahkan rasa terharu dengan pengiktirafan tersebut memandangkan ia mampu memartabatkan profesion perguruan sebagai satu kerjaya yang penting dalam mendidik generasi muda.

Sementara itu, Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin Akup, menyatakan rasa bangga atas pencapaian guru tersebut kerana ia memberi inspirasi kepada warga kolej itu untuk terus berusaha mengejar cita-cita mereka dan memberi impak positif kepada yang lain. – HMetro

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top