Singkong Dan Keju

singkong-n-keju.jpg
Kongsi Bersama

JAWA TENGAH: Pasangan sejoli, Nur Khamid dengan Polly Alexandria pernah menggemparkan media sosial pada 2018 gara-gara hubungan percintaan mereka sehingga ke jenjang pelamin.

Walaupun sudah tiga tahun berlalu, masih ramai belum mengetahui bagaimana cara lelaki berasal dari Magelang itu memikat hati wanita cantik berkulit putih tersebut, lapor Suara.com.

Pasangan bak kopi dan susu ini asalnya bertemu di Pantai Double Six, Seminyak, Bali.

Nur Khamid ketika itu bekerja sebagai Jurulatih Meluncur di Bali, sementara Polly merupakan pelancong yang sedang bercuti di Kota Dewata itu.

Berdasarkan maklumat daripada video di YouTube Nur Khamid berjudul Once in a Lifetime, lelaki itu menceritakan fakta unik mengenai cara dia mendekati wanita itu.

Katanya, dia mula tertarik dan berhasrat ingin berkenalan dengan gadis Eropah itu ketika melihat Polly sedang berjemur di tepi pantai.

Lelaki itu menggunakan taktik mengguling-gulingkan badannya sehingga menarik perhatian wanita itu.

Dipendekkan cerita, dia berjaya mengenali Polly lebih lanjut dan mengajaknya ke kedai makan.

Selepas itu, mereka bertukar-tukar nombor telefon dan sentiasa berhubung kerana jarak memisahkan mereka berjumpa secara fizikal.

Cinta mereka ternyata kuat sehinggalah disahkan menjadi pasangan suami isteri pada 18 Disember 2018.

Selepas tiga tahun berkongsi kasih dan menjalani kehidupan bersama, mereka akhirnya dikurniakan seorang anak, Mac lalu.

Berita gembira itu diumumkan dalam Instagram milik mereka berdua.

Namun, jantina dan rupa paras bayi itu masih menjadi teka teki kerana pasangan itu masih merahsiakan sehingga sekarang. – UTUSAN

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top