Siling Auditorium Wisma Dang Bandang Runtuh

runtuh.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Siling auditorium di Wisma Dang Bandang di sini yang menempatkan beberapa agensi kerajaan antaranya Jabatan Penerangan, Jabatan Meteorologi dan Jabatan Imigresen runtuh dalam kejadian lewat petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu di tingkat 11 bangunan tersebut pada pukul 3.32 petang tadi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bergegas ke tempat kejadian.

“Tiada mangsa terlibat dilaporkan, tindakan pasukan bomba membuat pemeriksaan di sekitar kawasan dan mengarahkan pihak pengurusan bangunan untuk tidak memasuki kawasan yang terjejas sehingga pengurus bangunan mendapatkan pengesahan keselamatan struktur bangunan.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain wujud, operasi ditamatkan pada pukul 4.18 petang,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Terdahulu, petugas-petugas di wisma itu bergegas keluar dan berkumpul di kawasan selamat apabila merasai gegaran di bangunan tersebut petang semalam.

Semakan dengan Jabatan Meteorologi mendapati tiada kejadian gempa bumi dilaporkan di sekitar negeri ini. – BERNAMA

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top