Sifatkan Demokrasi Telah Mati Dalam UMNO, Muqharabbin Letak Jawatan Exco Pemuda

muqharabbin.jpg
Kongsi Bersama

SHAH ALAM: Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Sabtu, lapor Sinar Harian.

Menurut laporan itu, dalam kenyataannya Muqharabbin memaklumkan akan turut melepaskan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai.

Katanya tindakan itu diambil kerana demokrasi sudah mati dalam parti berkenaan dan turut menyifatkan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) ketika ini sebagai paling penakut dalam sejarah UMNO.

“Saya akan serahkan surat rasmi perletakan jawatan dalam minggu ini.

“Tiada guna orang muda seperti saya dan lain-lain berjuang untuk perjuangan nenek moyang bangsa agama kami tetapi dipimpin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya pada Sabtu.

Pada Jumaat, mesyuarat MKT memutuskan pemecatan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada masa sama, beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas naib presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top