Sidang Media PM: Subsidi Minyak Paket Kekal

minyakmasak.jpg

(Gambar hiasan)

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Subsidi minyak masak berpaket dikekalkan dengan peruntukan RM4 bilion sepanjang tahun ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.

Perdana Menteri berkata, peruntukan subsidi minyak masak tahun ini adalah jauh lebih tinggi berbanding RM500 juta yang diperuntukkan pada 2020 serta RM2.2 bilion pada 2021.

Susulan itu, beliau menafikan dakwaan mengatakan kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak secara keseluruhan.

“Subsidi ditanggung kerajaan untuk minyak masak berpaket bagi membolehkan ia dijual dengan harga RM2.50 sekilogram ketika ini, berbanding harga pasaran sebenarnya iaitu RM9 sekilogram bagi kegunaan domestik.

“Ertinya subsidi minyak masak paket yang bermula sejak Jun 2007 masih dilaksanakan kerajaan hari ini dan tidak ditarik balik seperti digambarkan sesetengah pihak,” katanya ketika sidang media khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan secara maya, hari ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top