Sidang DUN Sabah Ditangguh Ke Tarikh Baharu

DUN-Sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula Selasa depan, ditangguhkan ke 21 September hingga 23 September.

Penangguhan itu dimaklumkan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya, dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, satu Warta Kerajaan bertarikh 17 Ogos sudah dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, memaklumkan perubahan itu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Berdasarkan warta berkenaan, penangguhan dilakukan selepas mengambil kira keadaan semasa tidak mengizinkan untuk persidangan DUN diadakan minggu depan.

Awal bulan ini, Kadzim mengumumkan persidangan DUN Sabah akan diadakan pada 24 Ogos hingga 26 Ogos, bermula dengan upacara pembukaan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Kali terakhir DUN Sabah bersidang ialah pada Disember tahun lalu iaitu ketika pembentangan Belanjawan Negeri 2021.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top