Siasat punca berlaku kekurangan bekalan air di UMS – Hajiji

UMS.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyiasat punca berlakunya kekurangan bekalan air yang disalurkan dari Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) ke kampus induk UMS.

Hajiji berkata, sejak beberapa bulan lalu, bekalan air ke universiti itu direkodkan mencukupi untuk menampung keperluan kakitangan dan pelajar khususnya yang tinggal di dalam kolej kediaman.

“Sebenarnya dalam dua bulan kebelakangan ini, bekalan air ke UMS adalah cukup, kita rekod daripada JANS setiap hari kecuali ada beberapa hari yang lalu ada dua atau tiga hari kerana ada paip pecah.

“Sekarang sudah selesai. Jadi bekalan itu akan diteruskan Jabatan Air Negeri Sabah manakala sebagai tambahan kita juga ada telaga tiub di UMS yang boleh membekalkan 1 juta liter sehari (MLD),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) Bagi Pelaburan Baharu Syarikat Kumpulan Kibing pada Selasa di sini.

Hajiji mengulas mengenai isu bekalan air yang sering terjejas di UMS.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, enam telaga tiub yang dibina di UMS menggunakan dana RM3 juta diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun lalu sudah siap sepenuhnya.

Mustapha berkata, telaga tiub yang siap dibina itu akan menjadi alternatif sekiranya berlaku gangguan bekalan air dari JANS.

Katanya, semua telaga tiub yang telah siap menerusi pelaksanaan fasa satu dan dua itu kini dalam proses percubaan.

“Kita sudah pasang beberapa tangki disekitar kediaman untuk stok air apabila sumber dari JANS ini kurang, maka kita akan minta pelajar-pelajar supaya ambil stok yang ada disekitar asrama mereka,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top