Siar Azan Maghrib Awal 4 Minit, Penyampai Radio Tawau Minta Maaf

DJ-radio-tawau.jpg
Kongsi Bersama

Penyampai Radio Tawau FM tampil memohon maaf kerana menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal pada hari pertama Ramadan semalam.

Mohd Safwan Junit yang bertugas menerusi ruangan Syoknya Hujung Minggu dilaporkan menyiarkan azan Maghrib pada jam 6.16 petang sedangkan waktu sebenar ialah 6.20 petang.

Dalam permohonan maaf yang dikongsikan menerusi Faceboknya, Safwan berkata, perkara itu berlaku secara tidak sengaja dan disebabkan kesilapan teknikal.

“Saya, Mohd Safwan Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan Maghrib telah disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.

“Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 petang telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal dari waktu,” katanya.

Katanya lagi, hal ini disebabkan oleh kesilapan teknikal dan kesilapan dirinya sendiri sekali gus mendorongnya memohon maaf.

“Oleh itu, saya dengan rendah diri, secara peribadi, memohon maaf kepada warga Tawau yang terkesan dengan keadaan ini.

“Kesilapan ini datang dari diri saya sendiri dan bukan RTM Tawau atau Tawau FM. Yang baik datangnya dari Allah yang kurang dari saya sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai memberi pelbagai reaksi di ruang komennya susulan permohonan maaf itu.

Rata-rata memuji tindakan Safwan kerana mengakui kesilapan dilakukan secara tidak sengaja. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top