Siapa Pun Jadi Kerajaan Perlu Utamakan Kepentingan Negara – Shafie

shafie.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, tidak kira siapa yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan, mereka perlu meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan individu atau parti.

Bekas ketua menteri Sabah itu berkata, apa yang berlaku hari ini tidak seharusnya menjadi pengakhiran untuk pemimpin terus menyumbang bakti kepada negara.

“Saya berharap sungguh agar semua usaha berkaitan vaksinasi, kesihatan, pendidikan, ekonomi dan kebajikan rakyat tidak terhenti dan terhalang,” tulisnya di Facebook.

Selain Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, nama Shafie turut disebut-sebut antara pemimpin pembangkang yang mungkin dicalonkan sebagai perdana menteri, susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya hari ini.

Beberapa Ahli Parlimen memberitahu FMT, mereka dihubungi untuk menyokong Shafie sebagai calon perdana menteri.

Malah, seorang Ahli Parlimen dari Malaysia Timur yang enggan dinamakan mengakui ada usaha menamakan Shafie sebagai calon alternatif pembangkang.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top