Siapa Kata Warisan Mesra PATI? – Leiking

leiking.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pesaing politik parti kerajaan Warisan hari ini didakwa cuba meraih sokongan popular dengan memfitnah parti itu kononnya “mesra pendatang asing tanpa izin”.

Timbalan presiden Warisan Datuk Darell Leiking berkata, Warisan maupun rakan kongsinya, iaitu Upko, DAP dan PKR tidak akan sesekali menyokong usaha mengabsahkan pendatang tanpa izin.

Beliau berkata, parti pembangkang tempatan yang mendakwa bersifat pelbagai kaum, tetapi dari segi amalinya hanya memberi tumpuan kepada kumpulan tertentu.

Umno, STAR dan PBS antara lain, mendakwa Warisan mesra pendatang asing, terutama berhubung rancangan untuk memperkenalkan pas sementara Sabah (PSS) kepada golongan itu.

Rancangan itu bagaimanapun telah ditarik balik.

Isu itu dilihat sebagai punca kekalahan Warisan di tangan Umno pada pilihan raya kecil (PRK) Kimanis baru-baru ini.

Leiking berkata, kerajaan persekutuan tidak harus memaksa negeri itu menerima dasarnya berkaitan pendatang asing tanpa izin tanpa berunding dengan kerajaan Sabah.

“Masalah individu tanpa kerakyatan adalah isu serius, kenapakah mereka hanya memberi tumpuan pada masalah individu tanpa kerakyatan di Semenanjung? Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin pun mungkin tidak faham masalah di Sabah,” katanya.

Leiking berkata, bekas menteri dalam negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini merupakan perdana menteri, cuba memperkenalkan PSS, “tetapi malangnya Warisan dipersalahkan”.

Beliau berkata, presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menghubungi perdana menteri ketika itu, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan memberitahu bahawa “kami tidak mahu PSS”.

“Tetapi ia adalah cadangan beliau (Muhyiddin) dan kini mereka bercakap tentang IMM13”, iaitu dokumen standard bagi mengatasi masalah pendatang tanpa izin dan individu tanpa kerakyatan di Sabah.

Pada masa ini, pendatang asing memiliki IMM13, Surat Burung-burung dan Sijil Banci di Sabah.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top