Shebby Singh Meninggal Dunia

shebby.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh meninggal dunia pada usia 61 tahun pada Rabu malam.

Serbegeth atau lebih mesra dikenali sebagai Shebby jatuh pengsan dipercayai akibat sesak nafas ketika berbasikal di Sunway di Iskandar Puteri di Johor, kira-kira jam 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi media mengesahkan perkara tersebut.

Beliau berkata, polis sedang mendapatkan laporan penuh berhubung kejadian itu bagi membantu siasatan.

Shebby memulakan kerjaya di gelanggang bola sepak sebagai pemain bahagian pertahanan bagi pasukan Johor FA sebelum berpindah ke pasukan bola sepak Kuala Lumpur pada 1983.

Mendiang juga pernah beraksi bagi pasukan Negeri Sembilan FA dan Pahang FA sebelum menamatkan kerjayanya dengan Perak FA pada tahun 1996.

Sejak bersara sebagai pemain kebangsaan, mendiang meneruskan khidmat sebagai jurulatih dan menjadi hos rancangan sukan di Asia.

Bukan sahaja pernah berkhidmat dalam mengendalikan pasukan kebangsaan, bahkan mendiang juga adalah Penasihat Global Blackburn Rovers pada 2012.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top