Shahidan Tetap Bertanding Di Arau, Mungkin Atas Tiket PN

ShahidanKassim.jpg
Kongsi Bersama

ARAU: Hampir pasti Datuk Seri Shahidan Kassim akan turun ke gelanggang PRU15 walaupun tidak dicalonkan oleh BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Arau.

Shahidan sendiri dilaporkan media bertegas mahu bertanding di kerusi tersebut walaupun perlu menggunakan tiket parti lain.

Kata Ketua Bahagian Arau itu, banyak parti menawarkan peluang kepadanya untuk menjadi calon, namun beliau belum memuktamatkan pilihannya.

“Saya menerima banyak lamaran, semua parti ada. Warisan (Parti Warisan) ada, PN ada, sebab calon boleh menang tiba-tiba BN tolak, mereka berebutlah. Saya calon boleh menang, saya akan bertanding.

“Tiket apa itu nombor dua. Paling penting, saya tanya cawangan-cawangan akan bertanding atas tiket apa. Pada dasar mereka memilih parti yang menggerak ke arah muafakat nasional,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Khidmat Kubang Gajah di sini pada Selasa.

Bagaimanapun menurut sumber, Shahidan berkemungkinan akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), yang kebetulan belum menamakan calonnya untuk kerusi Parlimen tersebut semasa pengumuman calon-calon yang dibuat oleh Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

Shahidan diketahui memang mempunyai hubungan rapat dengan PN dan antara pemimpin UMNO yang menyokong usaha perpaduan UMNO-PAS-Bersatu.

Untuk rekod Shahidan mula mewakili Parlimen Arau pada 1986 dan berjaya mempertahankan kerusi itu pada PRU1990. Beliau bagaimanapun berpindah ke kerusi DUN pada 1995 hingga 2008, sekali gus menerajui Kerajaan Negeri Perlis, sebelum berpindah semula ke Parlimen Arau pada 2013 sehingga sekarang.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top