Shahelmey Turun Padang Tinjau Sampah Yang Tidak Dipungut di Putatan

shahelmey.jpg
Kongsi Bersama

PUTATAN: ADUN Tanjung Keramat Datuk Ir Shahelmey Yahya menasihatkan orang ramai menggunakan media sosial dengan bijak untuk melaporkan isu sampah di Putatan.

Beliau berkata, aduan atau komen orang ramai khususnya penduduk di daerah ini amat dialu-alukan bagi memastikan tindakan segera dapat diambil.

Shahelmey yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah itu berkata, sebagai kerajaan pemerintah, pemimpin atau pihak yang berkenaan sepatutnya tidak ralat, sekiranya terdapat aduan negatif berhubung keadaan semasa, sebaliknya perlu bijak memanfaatkan laporan yang diadukan rakyat.

“Ya, dalam era teknologi dan media sosial ini, kita sebagai pihak yang berkenaan tidak akan terlepas daripada sebarang kritikan lebih-lebih lagi berkaitan isu sampah, persekitaran yang kotor dan sebagainya di Putatan.

“Laporkan terus kepada pihak berkenaan kerana kebanyakan PBT kini turut mempunyai laman sosial mereka.

“Justeru, aduan dan maklum balas daripada orang ramai perlu diselesaikan dan ditangani,” katanya selepas meninjau keadaan sampah di Kampung Sri Pandan pada Isnin.

Jelas Shahelmey, berdasarkan maklumat awal, longgokan sampah itu didakwa tidak dipungut oleh Majlis Daerah Putatan sejak tiga hari lalu.

“Saya sendiri turun membuat pemeriksaan untuk melihat keadaan dan kita sudah maklumkan kepada majlis untuk melakukan sesuatu bagi menangani isu itu.

“Kami ambil maklum dengan aduan penduduk dan saya telah mengarahkan pihak berkenaan untuk mengambil tindakan segera,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top