Shahelmey Lakukan Lawatan, Sampaikan Bakul Makanan Sempena Hari Malaysia

shahelmey.jpg
Kongsi Bersama

PUTATAN: Golongan memerlukan terus disantuni dalam menjayakan konsep ‘Malaysia Prihatin’ di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Ir. Shahelmey Yahya berkata, bertepatan dengan tema Hari Malaysia kali ini iaitu ‘Malaysia Prihatin’, golongan sasar terus dibantu bagi mengurangkan sedikit sebanyak beban yang ditanggung.

Beliau yang berkesempatan melakukan lawatan dan menyampaikan bakul makanan Hari Malaysia di kawasan sekitar Putatan pada Sabtu turut berharap semangat nasionalisme dapat dipupuk oleh masyarakat setempat.

“Inisiatif menghulurkan bantuan bakul makanan kepada golongan sasar iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan juga ibu tunggal yang ada di kawasan Tanjung Keramat ini bertujuan untuk memberikan kegembiraan kepada mereka dalam suasana sambutan Hari Malaysia ini,” ujarnya.

Jelas beliau, sumbangan itu merupakan insiatif bersama pejabat Pusat Khidmat Rakyat DUN N. 24 Tanjung Keramat bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N. 24 Tanjung Keramat yang turut diberikan kepada kawasan DUN N. 22 Tanjung Aru dan N. 23 Petagas.

Shahelmey yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah turut mengadakan lawatan ke Kg Lok Kawi Baru dan bertemu dengan para penduduk yang terjejas akibat bencana banjir lumpur baru-baru ini.

Sejurus lawatan berkenaan, Shahelmey turut berkesempatan mengadakan kunjungan ke Kg Ulu, Putatan bagi melawat seorang belia yang koma akibat kemalangan setahun yang lalu.

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top