Shafie zahir kebimbangan Pas Warga Asing di Sabah disalahguna untuk mohon warganegara selepas 10 tahun

shafie-1.jpg

(Gambar fail)

KOTA KINABAlU: Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menzahirkan kebimbangan Pas Warga Asing yang diberikan kepada pekerja asing (dokumen digital) boleh disalahgunakan sebagai dokumen sokongan bagi membantu pekerja terbabit memohon menjadi warganegara Malaysia.

Beliau yang juga anggota Parlimen Semporna berkata ini kerana mengikut Perkara 19 Perlembagan Persekutuan, mereka yang berada di negara ini melebihi 10 tahun layqk untuk memohon wargnegara Malaysia.

“Perkara ini penting dan berharap kerajaan memberi perhatian agar Pas Warga Asing ini tidak disalahgunakan,” katanya.

Mohd Shafie berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur kelmarin.

Sehubungan itu, Mohd Shafie berkata Pas warga asing yang bakal dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sabah wajar memiliki ciri-ciri keselamatan yang ketat bagi memastikan tidak disalah gunakan untuk memohon status warganegara.

Beliau berkata proses pendataan warga asing di Sabah juga perlu telus dan jelas supaya ada perangkaan bagi setiap kategori spesifik seperti pemegang IMM13, Kad Burung-Burung dan Kad Banci. – Jesselton Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top