Shafie Pilih Dr M Yang Enggan Beri Sabah Cukai Hasil Petroleum

KJ.jpg

KOTA BELUD: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memilih untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun bekas perdana menteri itu enggan memberikan cukai jualan daripada Petronas kepada Sabah sepanjang mentadbir negara.

“Ketika (Tan Sri)Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri, Shafie perlu pilih sama ada untuk sokong Mahathir atau Muhyiddin.

“Dia pilih untuk sokong Mahathir, yang enggan memberikan cukai jualan petroleum kepada penduduk Sabah dan Sarawak,” katanya dalam ceramah di DUN Tempasuk di Kota Belud, hari ini.

Khairy berkata, Mahathir menjadi perdana menteri hampir dua tahun ketika pentadbiran PH tetapi enggan memberikan cukai jualan petroleum oleh Petronas kepada Sabah dan Sarawak.

Dalam masa enam bulan Muhyiddin mengambil alih jawatan itu, katanya lagi, kerajaan Sarawak telah mendapat cukai jualan hampir RM3 bilion daripada Petronas.

“Inilah yang telah dilakukan Muhyiddin dan dia kata selepas pilihan raya Sabah, dia akan minta Petronas turut bayar cukai jualan kepada orang Sabah,” katanya lagi.

Dia juga mengingatkan bahawa ketika pentadbiran Mahathir, Sabah dan Sarawak tidak mendapat banyak pembangunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top