Shafie ‘Pening Lalat’ – Bung Moktar

bung-4.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan ketua menteri sementara Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai pening lalat apabila berjanji untuk memberikan lima ekar tanah kepada setiap keluarga di Sabah.

Katanya, janji Shafie itu tidak akan mampu ditunaikan dan hanyalah satu pembohongan.

“Saya congak-congak tadi melalui kalkulator saya, saya tengok-tengok, tanah mana yang dia (nak) bagi ni?

“Sampai Gunung Kinabalu pun tidak selesai. Jadi ini merupakan satu pembohongan lagi. Janji pilihan raya yang sudah tentu takkan dapat ditunaikan sama sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perjumpaan Jentera BN Perkarangan Umno Tawau malam tadi.

Sebelum ini, Shafie dilaporkan berkata mahu memberikan geran tanah kepada semua orang Sabah jika diberikan kuasa, iaitu sebanyak tiga atau lima ekar bagi setiap keluarga.

Katanya, ia lebih baik berbanding BR1M.

Menurut Bung Shafie turut berjanji memberikan 15 ekar kepada penduduk Lamag di kawasannya Kinabatangan, yang didakwa Bung merupakan kawasan hutan simpan.

“Rakyat saya pun (di Kinabatanagan) percaya. Saya pergi ronda satu hari dua malam, baru mereka tahu. Saya kata kamu kena tipu.

“Ini tanah tak boleh dibagi.Tak usah bilang kamu, sultan mana pun, tanah ini pun tak boleh dibagi … ” katanya lagi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top