Shafie gesa tindakan ke atas pelancong China yang buka perniagaan di Sabah

DSP-Shafie-Apdal.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa digesa mengambil terhadap pelancong China yang mengambil kesempatan membuka perniagaan sehingga menjejaskan mata pencarian pengusaha tempatan.

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendedahkan bahawa terdapat individu dari China yang tidak hanya datang untuk melancong ke Sabah, tetapi juga membuka restoran dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan seperti bot.

Beliau menekankan bahawa situasi ini memberi impak negatif kepada perniagaan tempatan, yang kini terpaksa bersaing dengan syarikat-syarikat yang ditubuhkan oleh pelancong dari China.

“Ini masyarakat Cina (mengadu) bukannya Melayu datang ke rumah saya minta bangkitkan di Parlimen, tentang perkara membimbangkan peniaga Cina di Semporna,” katanya sebagaimana dilaporkan FMT.

Mohd Shafie berkata demikian semasa perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.

Bekas ketua menteri Sabah itu juga meluahkan kekecewaan kerana aduannya kepada pihak berkuasa tidak mendapat perhatian yang sewajarnya, meskipun keadaan semakin meruncing.

Selain itu, beliau meminta Putrajaya menambah bilangan pakar kesihatan di negeri ini, terutama di daerah kecil seperti Semporna dan Keningau.

“Kini, pakar kesihatan hanya terdapat di beberapa lokasi seperti Kota Kinabalu dan Sandakan… keadaan ini amat membimbangkan bagi Sabah,” tambahnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top