SFI: Kerajaan Negeri Telah Bantu Bekas Pekerja Atas Dasar Keprihatinan Sejak 2019

abidin-madingkir.jpg

Abidin Madingkir

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan atas dasar keprihatinan untuk membantu nasib bekas pekerja SFI sejak 2019 dan ketika pandemik Covid-19.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, ini termasuk pembayaran gaji mereka dan KWSP, dan yang terkini ialah pembayaran tunggakan bil elektrik bekas pekerja SFI berjumlah RM798,000.

“Walaupun Kerajaan bersimpati dengan nasib mereka, tetapi bukanlah mudah untuk Kerajaan Negeri secara berterusan menyelesaikan kepayahan mereka untuk jangka masa panjang.

“Pekerja terbabit telah diberhentikan oleh bekas majikan mereka, syarikat pengilang kertas dan pulpa yang berpangkalan di India, Ballarpur Industries Ltd yang kini berada dalam Penerimaan (in Receivership) sejak 2017.

“Sementara menunggu kilang itu beroperasi semula oleh syarikat konsesi baharu, bekas pekerja telah dinasihatkan untuk melihat perkara itu secara realistik, sekali gus untuk mencari pekerjaan alternatif,,” katanya dalam dalam satu kenyataan hari ini.

Abidin berkata, Kerajaan Negeri telah meletakkan syarat bagi syarikat konsesi baharu itu untuk memulakan operasi dalam tempoh dua tahun.

“Bekas pekerja boleh memohon untuk bekerja di syarikat baharu,” katanya.

Pegawai Daerah Sipitang telah diarahkan untuk menyelaraskan perkara ini dengan bekas pekerja SFI, tambahnya. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top