PAPAR: Cubaan Warisan untuk menawan DUN Limbahau terjejas selepas apabila setiausaha bahagiannya, Faizal Julaili (gambar,dua dari kiri), berhijrah ke Umno.
Faizal, yang pernah berkhidmat dengan kerajaan Warisan sebagai setiausaha politik di Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, dilihat di suatu acara di Kampung Surati hari ini bersama bekas ketua menteri Tan Srii Musa Aman.
Acara itu untuk menyokong calon PBS, Datuk Johnny Mositun.
Faizal dalam ucapannya menjelaskan beliau sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti, mengatakan kepimpinan parti itu gagal menjaga kebajikan ketua-ketua bahagian.
“Ahli Warisan di Papar rasa dikhianati kerana diabaikan. Kami tiada pilihan kecuali meninggalkan parti yang kami bantu bina,” katanya.