Setiausaha Agung STAR Dilantik Timbalan Menteri Esok

Guan-Dee.jpg
Kongsi Bersama

Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Guan Dee Koh Hoi mengesahkan beliau akan dilantik sebagai timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya esok.

Guan Dee, 68, dilantik sebagai senator pada 16 Dis 2020, yang pertama daripada parti pimpinan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Jeffrey Kitingan.

“Ya, ia benar. Saya akan mengangkat sumpah pada 11 pagi esok,” katanya kepada FMT.

“Saya terima makluman daripada Jabatan Perdana Menteri melalui e-mel dan panggilan telefon Isnin lalu.

“Sudah tentu saya rasa dihargai atas perjuangan saya untuk Sabah. Saya akan cuba lakukan yang terbaik dengan tugas baharu saya,” katanya ketika ditanya mengenai spekulasi seorang senator dari sebuah negeri di Malaysia Timur akan dilantik sebagai timbalan menteri esok.

Kitingan meletak jawatan sebagai timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya pada September lalu selepas dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sabah II. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top