Sesi Persekolahan Bersemuka Tahun 3 – Tahun 6 Di Sabah Bermula Esok

IMG_20210307_124806.png

KOTA KINABALU: Sesi persekolahan secara bersemuka untuk murid Tahun Tiga hingga Enam di peringkat sekolah rendah akan dibuka bermula esok (8 Mac) di seluruh Sabah.

Pembukaan itu melibatkan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dari prasekolah sehingga Tahun Enam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia selain sekolah swasta berdaftar.

Data enrolmen murid sekolah rendah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (2 Februari) menunjukkan seramai 313, 388 murid termasuk Tahun Satu dan Dua dijadual hadir.

Kumpulan data murid berkenaan meliputi seramai 25, 360 murid prasekolah, 2817 murid integrasi pembelajaran dan enam murid yang mengikuti integrasi pendengaran.

Bilangan murid Tahun Satu di seluruh negeri adalah 48, 048 orang, Tahun Dua 49, 747 orang, Tahun Tiga 48, 448 orang, Tahun Empat 47, 143 orang, Tahun Lima 46, 634 orang.

Lima Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) murid paling ramai adalah Kota Kinabalu 43, 305 murid, Tawau 29, 039 murid, Sandakan 28, 937 murid, Lahad Datu 19, 369 murid dan Keningau 18, 998 murid.

Manakala, untuk sekolah rendah swasta akademik yang melibatkan 17 sekolah pula mempunyai 2, 342 murid, manakala sekolah rendah swasta agama seramai 289 murid.

Turut beroperasi 410 tadika yang memiliki 18, 984 murid, 17 sekolah rendah akademik dengan 2, 342 murid dan sebuah sekolah rendah agama yang melibatkan 289 murid.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top