Sesi Menghadap Agong Ditangguh Kerana Sekatan Covid-19

IMG_20201014_184555.png
Kongsi Bersama

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memutuskan untuk menangguhkan pertemuan, termasuk dengan pemimpin politik, untuk dua minggu susulan sekatan berkaitan Covid-19.

Menurut Reuters, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata penangguhan disebabkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Selangor dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, tarikh pertemuan baru akan diputuskan selepas PKPB tamat, kira-kira dua minggu lagi.

Para pemimpin politik dijadual mengadap Sultan Abdullah susulan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Anwar dilaporkan mempersembahkan dokumen untuk membuktikan dia memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Dalam sidang media selepas itu, Anwar mendakwa  memiliki sokongan lebih 120 ahli Parlimen dan menegaskan pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tamat.

Anwar juga meminta semua pihak memberi ruang kepada Sultan Abdullah untuk menyelesaikan perkara itu.

Istana Negara kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar tidak memberikan senarai nama anggota Parlimen yang menyokongnya ketika pertemuan selama 25 minit itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top