SESEKALI KETUK: Lupakan MA63, Perjanjian Malaysia Baharu Perlu Dimeterai

MA63.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: MUSLI OLI

1.Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 berkata perkara yang sama sejak Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9hb July 1963. Ia bermula dari Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj kira-kira 58 tahun yang lalu. Hakikatnya KL/ Putrajaya tidak pernah berniat mematuhi atau melaksana MA63. Bukti pertama, pada 16th September 1963 iaitu tarikh MA63 berkuatkuasa, pada hari yang sama itu juga KL telah memohon menukar nama Federation of Malaya kepada MALAYSIA.

2.Penukaran nama itu secara langsung menafikan kelahiran sebuah negara baharu. Malaysia adalah Federation of Malaya. Singapura, Sarawak dan Sabah dianggap menjadi anggota baharu Federation of Malaya yang ditukar nama kepada Malaysia. Saya dapat maklumat itu hasil daripada beberapa siri perbincangan dalam Majlis Professor Negara beberapa tahun lalu bila saya dijemput sebagai anggota kehormat.

3.Sebenarnya KL cuma bersetuju Sarawak, Sabah dan Brunei menyertai Gagasan Malaysia kerana dua faktor utama:

  • Kepentingan politik – Majoriti penduduk negeri-negeri Borneo adalah bumiputera/Melayu. Kemasukan negeri-negeri itu akan mengimbangi komposisi kaum Tionghua yang merupakan penduduk majoriti Singapura.
  • Kepentingan ekonomi – Negeri-negeri Borneo kaya dengan hasil bumi terutama petroleum yang baru ditemui. Tunku pernah buat kenyataan mengenai perkara ini. Daripada kenyataan Tunku, Brunei menarik diri dari Gagasan Malaysia.

4.Faktor lain yang tidak menjadi pertimbangan KL tetapi menjadi kebimbangan British ialah pengaruh komunis yang sedang berkembang pesat di Asia Tenggara serta resolusi PBB yang mendesak wilayah-wilayan jajahan diberi kemerdekaan dengan segera selepas Perang Dunia Kedua berakhir.

5.Menyedari perkara itu kerajaan Sabah dan Sarawak harus lupakan MA63 dan desak pinda atau mansuh Akta Malaysia 1963 yang tidak membawa menfaat kepada Sabah dan Sarawak. Kedua negeri harus mendesak supaya satu Perjanjian Malaysia yang baharu dibincang dan dimeterai dengan segera. Sayugia diingat MA63 sepatutnya dikaji selepas 10 tahun pada 1973. Namun KL sebaliknya mendahulukan Akta Pembangunan Petroleum 1974 bukan MA63. Bukankah itu sudah cukup bukti KL tidak jujur melaksana MA63?


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top