SESB perkukuh kapasiti penjanaan tenaga di Sabah dan Labuan

Yusmanizam-SESB.jpg
Kongsi Bersama

LABUAN: Sabah Electricity SdnBhd (SESB) memperkasakan kapasiti penjanaan tenaganya serta terkini melalui Projek penyerahan lebih 100 unit set janakuasa (rental gensets) yang baharu.

Pengurus Kanan (Pengurusan Aset) SESB Mohd. Yusmanizam Mohd. Yussof berkata, pengoperasian sepenuhnya set janakuasa di beberapa lokasi strategik di Labuan, Sandakan dan Lahad Datu memberi kesan positif terhadap keterpeliharaan sistem grid Sabah termasuk di Labuan.

“Projek ini mula beroperasi secara berperingkat bermula pada bulan Febuari lalu, manakala fasa kedua projek di Labuan siap sepenuhnya pada bulan Jun 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau pengoperasian sepenuhnya Projek Rental Gensets kapasiti 200MW di Stesen Janakuasa Patau- Patau di sini semalam.

Mohd Yusmanizam berkata, bagi kapasiti di Labuan jumlah keseluruhan penjanaan adalah pada 135 megaWatt (MW) berbanding permintaan beban pengguna 70MW sahaja khususnya untuk Labuan.

“Bagi kapasiti lebihan tanaga di Labuan ia skan di export ke Sabah melalui sistem grid setiap hari bagi membantu memastikan sistem grid secara keseluruhanya di kedua -dua wilayah adalah baik,” jelas Mohd Yusmanizam. – Sabah News Today (SNT)

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top