SESB perkukuh kapasiti penjanaan elektrik di Sandakan

sesb.jpg

Gambar hiasan.

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sedang dalam proses akhir untuk menyiapkan sebuah stesen janakuasa mini yang baharu di Sandakan dalam usaha mengukuhkan penjanaan elektrik di kawasan tersebut.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Idris Mohd Noor berkata projek yang terletak di tapak Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Mowtas dijangka siap pada penghujung Mac ini dan mampu menjana 10 megawatt (MW) tenaga elektrik.

Beliau berkata projek Stesen Janakuasa Labuk melibatkan 30 MW dan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Seguntor melibatkan 10MW pula dijangka siap penghujung bulan ini.

“Apabila siap kelak, projek ini akan dapat memberi manfaat langsung kepada pengguna elektrik, terutamanya sekitar daerah Sandakan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak PPU Mowtas di sini pada Isnin.

Menurut Idris tiga projek itu yang bermula pada Disember lepas dijangka mampu menjana tenaga elektrik hingga 50 MW pada satu-satu masa.

Beliau berkata kapasiti penjanaan daripada projek berkenaan juga akan meningkatkan jumlah penjanaan setempat iaitu daripada 78 MW kepada 128 MW sehari. – BERNAMA

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top