SESB Pastikan Pengguna Terima Diskaun Bil Elektrik

sesb.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memastikan pengguna akan menerima diskaun bil elektrik sepertimana yang diumumkan oleh Kerajaan.

Lanjutan daripada pengumuman Kerajaan mengenai pelaksanaan pakej PEMULIH pada 28 Jun 2021, SESB akan memberikan diskaun bil elektrik kepada kumpulan sasar berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan untuk tempoh 1 Julai, 2021 hingga 30 September, 2021.

Justeru itu, kerja-kerja konfigurasi terhadap sistem pembilan SESB sedang dilaksanakan bermula pada awal Julai untuk merekod masuk diskaun bil elektrik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset), Ir. Idris Mohd Noor berkata berikutan kepada kerja- kerja konfigurasi tersebut, pengguna SESB akan menerima bil elektrik lewat untuk bulan Julai ini.

“SESB menghentikan bacaan meter di tapak bagi mengemaskini sistem pembilan untuk memastikan diskaun tersebut dapat diberikan kepada semua pengguna,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, SESB sentiasa berusaha untuk memastikan pelaksanaan disakun PEMULIH berjalan dengan lancar.

Beliau berkata akaun pengguna akan dibilkan secara anggaran di dalam sistem berdasarkan amaun bil pada bulan sebelumnya dan akan diselaraskan apabila bacaan di sebenar di tapak dilaksanakan pada penghujung Julai ini.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihati pengguna untuk mendaftar ke Online Customer Services (OCS) SESB bagi mendapat semakan bil.

SESB juga menyarankan pengguna untuk mengemaskini maklumat data pengguna bagi memudahkan informasi terkini mengenai perkhidmatan SESB disalurkan kepada pengguna termasuk perkhidmatan menerima pesanan ringkas (SMS) berkaitan maklumat bil.

Dalam pada itu, SESB turut menangguhkan pemotongan bekalan elektrik sehingga 31 Ogos, 2021 untuk semua pelanggan SESB.

Pengguna boleh menghubungi SESB Careline di talian 15454 atau 088- 515000, 019- 852 5427 (aplikasi Whatsapp) untuk sebarang pertanyaan lanjut.

 

 

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top