SESB pantau kestabilan bekalan elektrik ke Labuan

SESB.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memantau kestabilan bekalan elektrik ke Wilayah Persekutuan Labuan selepas pulau itu mengalami gangguan susulan penutupan bekalan gas oleh pihak Petronas.

Operator Sistem Grid Sabah dan W.P Labuan, Adrian Mosigil berkata, gangguan bekalan gas di pulau itu secara langsung menghentikan bekalan gas ke Stesen Janakuasa Patau-Patau milik SESB.

“SESB mendapat makluman mengenai penutupan Gas Receiving Terminal 1 (GRT1) mililk Petronas di pulau itu bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja senggaraan.

“Difahamkan penutupan akan dilaksanakan bermula 26 Jun sehingga 2 Julai depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, walaupun kapasiti penjanaan ke Grid Sabah akan terjejas, SESB akan memastikan rizab marjin penjanaan adalah mencukupi untuk mengelakkan catuan bekalan di pulau itu.

“SESB Zon Labuan sudah menerima makluman terbabit dan akan berada dalam mod tunggu sedia bagi memastikan kestabilan bekalan kepada pengguna,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top