SESB laksana projek ‘Fast Track’ tingkatkan rizab penjanaan Sabah

Mohd-Yaakob-SESB.jpg

Mohd Yaakob

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) diberikan kelulusan untuk melaksanakan projek pemasangan loji janakuasa gas bertujuan meningkatkan rizab kapasiti penjanaan di Grid Sabah.

SESB baru-baru ini telah menerima Letter of Notitication (LoN) daripada Energy Commission of Sabah (ECoS) bagi kerja-kerja pembekalan dan pemasangan penjana tarbin gas.

Projek itu berkapasiti sebanyak 94 Megawatt (MW) yang akan bermula pada September 2024 dan dijangka siap untuk di mula tugas pada bulan Jun tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, projek loji janakuasa berasaskan gas itu adalah antara inisiatif jangka masa pendek yang perlu dilaksanakan berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Penjanaan yang telah diluluskan Majlis Tenaga Sabah (MTS).

Katanya, lokasi projek itu adalah di daerah Kimanis dan loji janakuasa gas berkenaan akan disambungkan ke sistem Grid Sabah dengan menggunakan injection point di Pencawang Masuk Utama (PMU) Langsat, Kimanis.

“Keperluan untuk melaksanakan projek Fast Track ini amat kritikal bagi memastikan kapasiti penjanaan yang mencukupi dan menjamin kestabilan sistem Grid Sabah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top