SESB laksana catuan elektrik di Sabah dan Labuan

Tanpa-elektrik.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) melaksanakan catuan bekalan elektrik berjumlah 128 megawatt (MW) untuk grid elektrik Sabah dan Labuan pada semalam dan hari ini berikutan penutupan kecemasan sebuah stesen jana kuasa bebas (IPP).

SESB dalam kenyataan di Facebook memaklumkan situasi itu menyebabkan berlaku kekurangan kapasiti penjanaan sebanyak 967MW berbanding permintaan ketika waktu puncak pada pukul 7 malam semalam iaitu 1,001MW.

“Margin rizab bekalan elektrik berada pada tahap 0MW. SESB memohon maaf kepada pengguna dan sedang berusaha menyelesaikan situasi berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan tambahan, SESB memaklumkan 15.5 peratus pengguna terlibat dengan catuan itu pada satu-satu masa dan dijalankan mengikut penggiliran di kawasan terbabit.

Kawasan terlibat catuan itu ialah di Kudat, Pitas, Kota Marudu, Tuaran, Kota Kinabalu, Papar, Kuala Penyu, Tenom, Sipitang, Nabawan, Tawau, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan, Beluran dan Kundasang.

“Setiap penggiliran catuan akan mengambil masa dua hingga tiga jam, manakala jadual catuan dijalankan antara 2 hingga 4 petang dan 6 hingga 8 malam,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dikemas kini menerusi pemakluman seterusnya. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top